Thursday, April 7, 2016

Pengalaman menaiki ANA Airline

Actually aku tercari-cari flight mana yang aku nak amik untuk ke Jepun ni. So bila dah buat carian sana sini.. akhirnya Nampak ada tiket promo daripada ANA Airline. Yayyy. Sangat berbaloi, harga yang aku dapat masa tu ialah RM1195 return untuk seorang. Senyum lebar la aku membeli dengan jayanya.
 
So beli la tiket ni secara online. Jangan lupa pilih makanan halal ya. Aku happy dengan Ana Airlines ni sbb banyak pilihan makanannya. Ada yang vegetarian, muslim meal. So kita sebagai muslim ni sila la pilih muslim meal ya.
 
In flight entertainment pun ok la. Ada la movie yang kita boleh tengok. Game pun ada la jugak kalau dah bosan-bosan. Stewardess pun sopan santun je. Senyum je memanjang.
 
Yang best jugak ialah luggage yang kita leh bawa. Untuk kelas ekonomi seorang boleh bawak 23kg x 2 bag. So total 46kg. Cuma ada saiz beg yang boleh bawak la. Berat pulak, altho 46kg, tapi setiap beg kena max 23. So kalau kita ada 2 beg, Beg 1 =15, Beg 2=30, beg 2 dikira over weight jugak. Mean 1 beg mmg jangan lebih 23kg. So aku hari tu selamat, beg tak overwight. Lagi tak cukup berat ada.. Sbb kami bawak 2 beg besar je. So check in beg untuk nama aku je. H takde check in beg.
 
Dalam flight pulak, disebabkan kita dah pilih muslim meal, so kerusi kita diorang tampal sesiap Muslim tag. So nnti bila diorang nak distribute makanan, mudah la kan. Makanan pun not bad. Ada rasa la. :)
 
Taklimat Keselamatan

Pilihan menu (Halal Certified)

Ni la makanan yang aku pilih


Maklumat perjalanan

Sudah hampir sampai :)


Alhamdulillah, selamat sampai ke Narita
 
 

No comments:

Post a Comment