Tuesday, April 12, 2016

Penjimatan Menggunakan Japan Rail Pass ( JR Pass )

Dalam entry ni aku just nak tunjukkan penjimatan yang aku buat dengan menggunakan Japan Rail Pass sepanjang 7 hari aku di Japan.
 
Seperti dalam entry sblm ni, aku maklumkan aku membeli JR Pass ini daripada HIS Travel. Untuk makluman, harga adalah mengikut currency semasa. Seperti yang dimaklumkan oleh pekerja HIS Travel, harga adalah berubah setiap Rabu.
 
Harga untuk 7 hari JR Pass ini ialah 29110 Yen. So kena kirala dengan harga dalam RM mengikut tukaran wang semasa. So masa aku beli hari tu, harga untuk 7 hari ordinary JR Pass ialah RM1063 untuk seorang.  Kalau nak beli yang reserved seat pun ada, tapi mahal skit, disebabkan aku nak travel bukan time puncak, so shinkansen tak penuh sangat dan mmg akan dapat seat. Sbb itu aku boleh berjimat skit dengan menggunakan JR Ordinary pass (7 days).
 
Terus kepada penjimatan dibawah. Untuk makluman, nak tengok harga train2, dan route2 boleh tengok di hyperdia. Boleh download apps ni jugak. Mudah ketika kat sana, nak tahu jadual train dan train mana yg nak naik tu. Aku akan usaha naik JR train, tapi kalau takde jugak, atau JR train amik route yang jauh, baru aku akan amik train2 lain dengan menggunakan suica card (touch & go). Kalau naik JR Train, tak perlu bayar apa-apa, cuma lalu di depan pegawai yang bertugas dan tunjukkan JR Pass tersebut.
 
Harga di bawah ni lebih kurang je la. Ada je lagi yang train JR yang dekat2 aku tak keluarkan kat sini. Dah ingat2 lupa. Yang aku top up suica card pulak dalam RM300 la kot, ni untuk train2 yang tak cover oleh JR.
 
Untuk JR Pass yang aku beli dengan harga 29110 Yen (RM1063) dan kalau dikira-kira harga kalau aku beli tiket manual di sana dengan harga 47,540 Yen (RM1758), aku dah buat penjimatan lebih kurang RM700. :)
 
Sekiranya nak melawat satu tempat sahaja, contoh nak melawat Tokyo je, Osaka je.. rasanya tak perlu ambil JR Pass pun ok. Tapi kalau nak jenjalan jauh dan teringin nak naik Shinkansen, so aku sangat recommend untuk menggunakan JR Pass.
 
Diingatkan jaga elok2 JR Pass ni, kalau hilang, tak de nak ganti2 kat sana. And kalau tetiba rasa nak beli JR Pass kat sana, pun tak dapek, sebab JR Pass ni hanya boleh di beli di luar Japan sahajorkkk..

Train
Route
Harga (Yen) JR Pass (Yen)
Narita Express (NEX) Narita Airport-Shinagawa 3,190  
Shinkansen Hikari Shinagawa -Shin Osaka 14,140  
JR Train Shin Osaka -Osaka- Shin Osaka 320  
Shinkansen Kodama Shin Osaka - Kyoto 1,420  
JR Train Kyoto-Sagaarashiyama-Kyoto 760  
Shinkansen Hikari Kyoto- Ikebukuro 13,600  
JR Train Ikebukuro-Maihama-Ikebukuro 800  
JR Train Ikebukuro-Akihabara-Ikebukuro 400  
JR Train/Shinkansen Ikebukuro-Gotemba-Ikebukuro 9,720  
Narita Express (NEX) Ikebukuro-Narita Airport 3,190  
47,540 29,110

No comments:

Post a Comment